AIB RUMAHTANGGA
“Masak nasi pun isteri tak pandai, apatah lagi nak suruh masak lauk pauk…alamak dapur di rumah tu tak berasaplah."
"Kalau hujung minggu nak ajak keluar memang susah, suami saya tu matahari dah tinggi baru nak bangkit tidur."
Dialog-dialog seperti di atas sering kedengaran di sana sini. Paling
tidak pun dari cerita-cerita di kaca televisyen. Tapi bukankah
kelemahan dan keaiban pasangan kita itu
juga adalah rahsia dalam rumah tangga yang perlu dijaga? Setiap manusia
ada kelemahan. Kitalah pasangan yang akan saling melengkapkan kelemahan
dan kelompongan itu menuju kesempurnaan hingga kita sekeluarga meraih
syurga-Nya.
Menjaga aib rumahtangga adalah wajib.
Menyebarkannya adalah berdosa bahkan boleh meruntuhkan rumahtangga. Jika
terpaksa juga mengemukakan kepada sesiapa yang boleh memberi bantuan
atau tunjuk ajar, maka hendaklah pertama dipastikan kelayakan penasihat
tersebut, kedua dibuat dalam media terkawal seperti email peribadi,
telefon dan seumpamanya dan ketiga mengemukakan noktah2 yang berkaitan
sahaja.
Dewasa ini ramai di kalangan kita gemar meng ‘up date’
status di halaman sosial baru seperti di facebook, twitter, instagram
dan seumpamanya. Apa yang sangat dikesali ialah apabila mereka
menyatakan dan meluahkan masalah-masalah peribadi di halaman sosial
ini. Termasuklah ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing-masing.
Walaupun sebahagiannya tidak secara lansung mengaibkan pasangan, tetapi
pembaca dapat ‘membaca’ apa yang tersirat, dan boleh menganggap sesuatu
telah berlaku di antara pasangan tersebut.
Tidak semua perkara
sesuai untuk kita ‘update’di laman sosial, terutama mengenai masalah
rumahtangga. Walaupun untuk berkongsi rasa. Lain orang lain cara
penerimaannya.
Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan
meruntuhkannya melalui laman sosial. Bukan setakat berkonsi masalah
rumahtangga di facebook tetapi lansung bertengkar antara suami isteri.
Padahal Islam dengan tegasnya memerintahkan kita agar sentiasa menutup
aib orang lain, terutamanya aib pasangan kita, suami atau isteri.
‘Barang siapa menutup aib seseorang islam, maka Allah akan tutupkan
aibnya di dunia dan akhirat’. Hadis riwayat Al Tarmidzi.
Julie Rosieta
SU Wanita IKRAM WP
Tuesday, April 15, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment