Pages

Thursday, January 30, 2014

Formula solat sempurna.



"Berapa harga 'booklet' nih" tanyaku pada gadis bertudung kelabu yang sedang sibuk melayani pembeli itu.
Tangan ku memegang erat buku yang nipis dan comel itu.
"Lima ringgit je Cikgu" ujar beliau sambil tersenyum manis.
Ku buka dompet duit dan amat terperanjat kerana cuma ada dua keping note seringgit saja didalamnya.
Baru teringat, aku sepatutnya ke ATM dankeluarkan sedikit wang pagi tadi........
Ku simpan kembali dompet duit itu didalam beg galas  dan 'booklet' tersebut ku letakkan kembali bersama buku -buku yang lain.....

"Ya Allah.....jika ada rezeki, pasti aku akan dapat memilikinya...." doaku dalam hati.Sudah lama aku mencari buku seperti ini untuk memperbaiki solatku dan seterusnya dapat di kongsi bersama para pelajar di sekolah tempat aku bekerja.

"Eh, kak Ila beli buku yang mana?" tanya cikgu Sal sambil memasukkan beberapa keping note sepuluh ringgit di dompet duitnya.Mataku hanya dapat memandang sayu kearah duit di dompet  jenama "Bonia" warna perang itu.

Entah dari mana, tiba-tiba ada satu kekuatan yang datang hingga membuatkan ku pegang tangan Cikgu Sal dan berbisik padanya.....

"La....nape tak cakap dari tadi.....hi hi hi..." agak kuat juga Cikgu Sal tergelak sambil tangan kanannya bingkas mengambil dompet   dan mencapai salah satu dari buku comel  yang tinggal dua saja.
"Buku ni, saya hadiah kat akk....."ujar beliau sambil mengenyitkan mata kirinya.
"Sally...I luv you....moga Allah beri satu tempat di syurga kerana hadiah ini..." kataku padanya.....

Tiba-tiba rasa sebak pula.....
Asalnya tadi nak pinjam RM5, tapi kini dah dapat hadiah pula......
Syukur al Hamdulillah ya Allah...  kerana mengabulkan doaku dengan begitu pantas.....


0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Popular Posts