"Ramai kanak-kanak yang datang. Ada orang Cina dan India.." kata Maryam Aufa Mustaza ketika di temui sehari selepas program Silang Budaya yang telah di adakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2014 si TM Bangsar minggu lepas.
"seronok sangat kerana dapat masuk pertandingan melukis dan berkenalan dengan ramai kanak-kanak yang lain..."ujar Maryam lagi.
Majlis yang di anjurkan oleh Hidayah Center, dengan kerjasama JAKIM,Restoran Mohd Chan Abdullah,Malaysian Reverted Muslim(MRM), Darul Fitrah, Interactive Dakwah Training(IDT) dan IKRAM ini mendapat sambutan yang amat memuaskan.Seramai 26 orang kanak-kanak pebagai bangsa dan budaya dari tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India , masing-masing berusia antara 5 hingga 12 tahun menghadiri majlis yang meriah ini.
Lihat betapa comelnya tiga orang kanak-kanak ini. Hafiz berbaju merah di sebelah kiri begitu bersahaja bersama si kembar berbaju warna ungu Kok Tian dan Kok Mung.Ketiga-tiga mereka berusia 6 tahun dankelihatan begitu teruja untuk menyertai semua acara yang di sediakann oleh sukarelawan dari Ikram Wilayah Persekutuan.
Lihatlah betapa khusyuknya kanak-kanak ini meniup belon sambil di perhatikan oleh seorang kakak fasi yang menjadi pengendali bagi kumpulan tersebut.
Gambar ini jelas menunjukkan betapa semua kanak-kanak yang terbabit begitu mudah bergaul mesra sesama mereka tanpa memikirkan siapakah yang berada di sebelah atau dihadapan mereka.
Suasana tenang ini menggambarkan bagaimana kehadiran keluarga dari pelbagai bangsa beserta anak-anak begitu gembira meraikan perayaan Tahun Baru Cina.Masing-masing tertarik dengan tarian naga yang di persembahkan di majlis itu.
"Program silang budaya ini adalah bertujuan untuk menggalakkan generasi muda supaya membiasakan diri mereka bergaul dengan mereka yang datang dari pelbagai bangsa dan latar belakang..." tutur Dr Niekmah Adam, Ketua Wanita Ikram Wilayah Persekutuan yang kelihatan begitu yakin menggunakan pen dan dakwat hitam untuk menulis kaligrafi Cina.
"Al Hamdulillah kami dapat bersama-sama "joint-venture" dengan NGO lain mengendalikan majlis ini. Ini adalah program tahunan. InsyaAllah, pada Tahun Baru Cina tahun depan, kita akan adakan lagi majlis yang sebegini" itulah penutup dari pengendali Ikram Junior Ikram Wilayah Persekutuan, Puan Siti Alawiyah Sahri.





0 comments:
Post a Comment