Pengenalan
Logo IKRAM
Logo IKRAM merangkumi dua bahagian: Sebuah huruf Arab atau Jawi iaitu “alif”; dan sebuah “glob” atau “dunia” di atas “alif”. Bila dicantumkan, kedua-dua bahagian ini boleh dilihat sebagai huruf Roman “i”. Maka kaedah seni yang digunakan menghasilkan pencantuman dan penindihan antara “alif” dengan “i”.
Makna lambang IKRAM ialah seperti berikut:
i. Huruf Arab “alif” dan huruf
Roman “i” adalah permulaan bagi perkataan Ikram, Islam, Iman dan Ihsan
serta juga beberapa perkataan yang membawa makna yang positif di dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti Inovasi dan Integriti.
ii. Dua warna yang digunakan
ialah warna batu firus hijau kebiru-biruan atau torquoise (Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2002. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Melayu
Edisi Kedua) bagi “alif” dan warna hijau bagi “glob”. Warna batu firus
adalah warna segar kontemporari dan warna hijau adalah warna kesegaran
sejagat.
0 comments:
Post a Comment