Anekdot juga tidak ada liputan menyeluruh berkenaan jerebu ini walaupun ana rasa tahapnya begitu kritikal sekali.
Oleh
itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang
jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). (Ad-Dukhan; Ayat:10)
Sungguh
petanda-petanda kiamat itu begitu dekat sekali dengan kita (jerebu,
kemarau, kematian orang2 soleh, fitnah berleluasa) adakah kita bersedia?
huhuh..
Apa yang perlu kita tahu tentang jerebu ini adalah : kualiti udara yang
tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera. Ia disebabkan oleh
pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi dan menyerap
sinaran matahari di atmosfera. Di antara bahan utama herebu termasuklah
bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, ozon, gas
karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.
Banyak
kesan jangka masa panjang terhadap penceramaran udara ini terutama dari
sudut kesihatan paru-paru. Kajian di US ada menunjukkan selama 8 tahun
terdedah kepada pencemaran udara akan boleh mengurangkan keefektifan
paru-paru bagi kanak-kanak.
Oleh itu, antara langkah penjagaan yang boleh kita lakukan adalah:
a) Kurangkan aktiviti di luar rumah
b) banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
c) Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
d)Dapatkan
nasihat perubatan jika terdapat tanda-tanda jerebu seperti sukar
bernafas, gatal tekak, gatal pada mata, jangkitan pada bahagian saluran
pernafasan serta gatal kulit.
e) Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat
f)
memastikan kawasan persekitan tempat kerja dan rumah bersih, agar tidak
bertambah kesan-kesan habuk disedut oleh paru-paru kita.
g) Sekiranya tergolong di kalangan berisiko tinggi ( berumur, asthma, penyakit alahan) sediakan bekalan ubat secukupnya.
Ini ana adaptasi dari pekeliling uitm yang terkini.
Tahap IPU terkini boleh di dapati di sini http://www.astroawani.com/news/show/12-kawasan-catat-bacaan-ipu-tidak-sihat-31757
Maklumat terkini IPU boleh dirujuk di sini http://www.doe.gov.my/apims ( ana try buka tapi slow)
Untuk
ikhwah akhwat yang akan melaksanakan aktiviti luar di hujung minggu
ini, jika tahap jerebu masih tinggi, harap mengambil langkah
berjaga-jaga ya. Pakai mask yang kualiti, banyakkan minum air. Jika
asthma bawak ubatan yang mencukupi dan sebagainya.
Kesihatan anda semua amat mahal untuk dakwah.
Moga
Allah merahmati kita semua iAllah. Mari sama-sama kita beristighfar dan
berzikir pada Allah. Banyak teguran Allah kepada kita untuk kita
giatkan lagi usaha dakwah kita di akhir zaman ini...
Wassalam
ukhtikum fillah
Aisyahz