AIB RUMAHTANGGA
“Masak nasi pun isteri tak pandai, apatah lagi nak suruh masak lauk pauk…alamak dapur di rumah tu tak berasaplah."
"Kalau hujung minggu nak ajak keluar memang susah, suami saya tu matahari dah tinggi baru nak bangkit tidur."
Dialog-dialog seperti di atas sering kedengaran di sana sini. Paling
tidak pun dari cerita-cerita di kaca televisyen. Tapi bukankah
kelemahan dan keaiban pasangan kita itu
juga adalah rahsia dalam rumah tangga yang perlu dijaga? Setiap manusia
ada kelemahan. Kitalah pasangan yang akan saling melengkapkan kelemahan
dan kelompongan itu menuju kesempurnaan hingga kita sekeluarga meraih
syurga-Nya.
Menjaga aib rumahtangga adalah wajib.
Menyebarkannya adalah berdosa bahkan boleh meruntuhkan rumahtangga. Jika
terpaksa juga mengemukakan kepada sesiapa yang boleh memberi bantuan
atau tunjuk ajar, maka hendaklah pertama dipastikan kelayakan penasihat
tersebut, kedua dibuat dalam media terkawal seperti email peribadi,
telefon dan seumpamanya dan ketiga mengemukakan noktah2 yang berkaitan
sahaja.
Dewasa ini ramai di kalangan kita gemar meng ‘up date’
status di halaman sosial baru seperti di facebook, twitter, instagram
dan seumpamanya. Apa yang sangat dikesali ialah apabila mereka
menyatakan dan meluahkan masalah-masalah peribadi di halaman sosial
ini. Termasuklah ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing-masing.
Walaupun sebahagiannya tidak secara lansung mengaibkan pasangan, tetapi
pembaca dapat ‘membaca’ apa yang tersirat, dan boleh menganggap sesuatu
telah berlaku di antara pasangan tersebut.
Tidak semua perkara
sesuai untuk kita ‘update’di laman sosial, terutama mengenai masalah
rumahtangga. Walaupun untuk berkongsi rasa. Lain orang lain cara
penerimaannya.
Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan
meruntuhkannya melalui laman sosial. Bukan setakat berkonsi masalah
rumahtangga di facebook tetapi lansung bertengkar antara suami isteri.
Padahal Islam dengan tegasnya memerintahkan kita agar sentiasa menutup
aib orang lain, terutamanya aib pasangan kita, suami atau isteri.
‘Barang siapa menutup aib seseorang islam, maka Allah akan tutupkan
aibnya di dunia dan akhirat’. Hadis riwayat Al Tarmidzi.
Julie Rosieta
SU Wanita IKRAM WP
Tuesday, April 15, 2014
Tuesday, April 8, 2014
Laksam kegemaranku.
Resepi laksam (12 gulung)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak
campur semua bahan2 diatas
sehingga sebati...ketepikan sebentar
* panaskan periuk
kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..

kuah laksam 6 orang makan
3 ekor ikan kembung dibuang
perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn
buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur

* ikan yang direbus..diambil
isinya sahaja dan air rebusan
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

ulaman
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka
masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus

Saturday, April 5, 2014
Friday, March 14, 2014
Menghadapi Jerebu
Salam ikhwah akhawat, di dalam mendoakan juga kestabilan negara dan juga
keselamtan penumpang MH 370, jangan kita lupa juga ya langkah2 yang
perlu diambil untuk menjaga kesihatan diri sewaktu berhadapan dengan
jerebu.
Anekdot juga tidak ada liputan menyeluruh berkenaan jerebu ini walaupun ana rasa tahapnya begitu kritikal sekali.
Oleh
itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang
jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). (Ad-Dukhan; Ayat:10)
Sungguh
petanda-petanda kiamat itu begitu dekat sekali dengan kita (jerebu,
kemarau, kematian orang2 soleh, fitnah berleluasa) adakah kita bersedia?
huhuh..
Apa yang perlu kita tahu tentang jerebu ini adalah : kualiti udara yang
tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera. Ia disebabkan oleh
pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi dan menyerap
sinaran matahari di atmosfera. Di antara bahan utama herebu termasuklah
bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, ozon, gas
karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.
Banyak
kesan jangka masa panjang terhadap penceramaran udara ini terutama dari
sudut kesihatan paru-paru. Kajian di US ada menunjukkan selama 8 tahun
terdedah kepada pencemaran udara akan boleh mengurangkan keefektifan
paru-paru bagi kanak-kanak.
Oleh itu, antara langkah penjagaan yang boleh kita lakukan adalah:
a) Kurangkan aktiviti di luar rumah
b) banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
c) Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar
d)Dapatkan
nasihat perubatan jika terdapat tanda-tanda jerebu seperti sukar
bernafas, gatal tekak, gatal pada mata, jangkitan pada bahagian saluran
pernafasan serta gatal kulit.
e) Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat
f)
memastikan kawasan persekitan tempat kerja dan rumah bersih, agar tidak
bertambah kesan-kesan habuk disedut oleh paru-paru kita.
g) Sekiranya tergolong di kalangan berisiko tinggi ( berumur, asthma, penyakit alahan) sediakan bekalan ubat secukupnya.
Ini ana adaptasi dari pekeliling uitm yang terkini.
Tahap IPU terkini boleh di dapati di sini http://www.astroawani.com/news/show/12-kawasan-catat-bacaan-ipu-tidak-sihat-31757
Maklumat terkini IPU boleh dirujuk di sini http://www.doe.gov.my/apims ( ana try buka tapi slow)
Untuk
ikhwah akhwat yang akan melaksanakan aktiviti luar di hujung minggu
ini, jika tahap jerebu masih tinggi, harap mengambil langkah
berjaga-jaga ya. Pakai mask yang kualiti, banyakkan minum air. Jika
asthma bawak ubatan yang mencukupi dan sebagainya.
Kesihatan anda semua amat mahal untuk dakwah.
Moga
Allah merahmati kita semua iAllah. Mari sama-sama kita beristighfar dan
berzikir pada Allah. Banyak teguran Allah kepada kita untuk kita
giatkan lagi usaha dakwah kita di akhir zaman ini...
Wassalam
ukhtikum fillah
Aisyahz
ANTARA AL MULK, MH370 DAN AWAN YANG MERAJUK
Anda tahu ayat dan surah
mana yang ada bercerita tentang MH370? Dan kali ini ia bukan konspirasi
apatah lagi teori-teori budak-budak sekolah tak gosok gigi. Ia
benar-benar dalil daripada Quran yang bisa menceritakan apa yang
terjadi. Bukan setakat itu, ia juga ada bercerita tentang musibah
kemarau yang sedang kita hadapi sekarang ini.
Hebat bukan, dua musibah/bencana yang terkena pada kita sekarang ini dikisahkan dalam satu surah yang sama..? Itu baharu benar-benar kool!
Baiklah. Cuba anda buka al-Quran dan buka surah ke enam puluh tujuh. Oh sebelum itu pastikan anda berwudhu' dahulu tahu...?
Ha, sekarang surah al-Mulk sudah berada di hadapan mata anda.
Ok sekarang anda lihat ayat yang kesembilan belas. Apa firman Allah?

"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu."
[al-Mulk, 67:19]
Ok Inche gabbana. Apa kena-mengena ayat ini dengan MH370..?
Apa kena-mengena..? Apa kena-mengena anda bertanya..? Semuanyalah kena-mengena! Anda yang nak kena ni!
Allah berfirman di dalam ayat kesembilanbelas itu, betapa burung-burung yang berterbangan di langit itu adalah dengan izin dan kekuasaanNya. Allahlah yang menahan sekalian unggas di udara, sehingga membolehkan mereka terbang tinggi membelah awan.
Nah, bukankah kapal terbang itu amat sinonim sekali dengan burung?
Tidakkah kita memerhatikan, betapa sekalian kapal terbang yang meluncur laju di langit biru, membelah gerombolan awan yang menggebu, adalah kerana Allah jua yang menahannya? Tidakkah kita sedar dan mengaku betapa besi-besi yang berterbangan di udara itu tidak lain hanyalah dengan izin dan kekuasaanNya...??
Allah Allah!
Daripada ayat ini Allah mahu kita sedar dan tahu, betapa hebatnya manusia, hebat lagi Allah itu! Betapa tingginya ilmu dan canggihnya teknologi manusia, tinggi lagi ilmu dan hebat lagi kekuasaan Allah Ta'ala!
Mungkin, hanya mungkin, tragedi MH370 yang menimpa kita ini adalah peringatan dan amaran daripada Allah, bahawa sebagai makhlukNya yang bernama manusia, kita perlu sedar bahawa akhirnya kita hanyalah hambaNya yang lemah dan hina. Mungkin, hanya mungkin, insiden MH370 itu adalah ketukan kuat dan tamparan hebat kepada jiwa dan hati kita, bahawa sesungguhnya selama ini kita amat angkuh dan sombong dengan kemewahan dan pencapaian duniawi kita.
Tidak mustahil bukan!
Kini lihat pula ayat yang terakhir dalam surah al-Mulk itu. Baca perlahan-lahan dan cuba tadabburinya dengan penuh iman.

"Katakanlah, 'Terangkanlah kepadaku, jika sumber airmu menjadi kering, maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?"
[al-Mulk, 67:30]
Allah Allah!
Allah baharu sahaja uji kita dengan catuan air, kita sudah menggelabah puyuh. Allah baharu sahaja jentik kita dengan kemarau yang tidaklah seteruk mana, kita sudah meroyan meraban. Dan Allah baharu sahaja usik kita dengan hujan yang tak kunjung tiba, kita sudah resah gelisah seolah-olah tiada lagi hari esok untuk kita.
Mungkin selama ini kita jarang sekali mensyukuri nikmat Allah yang bernama air itu. Seorang mandi tapi seperti mahu memandikan anak gajah. Berwudhu' seolah-seolah mandi wajib. Basuh kereta macam cuci kereta kebal. Siram bunga macamlah taman kita itu sebesar hutan lintang Khatulistiwa!
Suatu hari Nabi SAW melintasi Saad r.a. yang sedang berwudhu'. Lantas baginda menegur Saad.
"Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?"
Lantas Saad bertanya, "Adakah dalam berwudhu' juga ada istilah berlebih-lebihan?"
"Benar, kendatipon engkau berada di dalam sungai yang mengalir." - Riwayat Imam Ahmad
Bayangkan! Meski berwudhu' dengan air sungai yang mengalir deras itu sekalipon, kita dianjurkan untuk berjimat-cermat! Apatah lagi dalam kehidupan kita sehari-hari!
Nah, Allah lantas menempelak kita, apabila bekalan air kita dipotong, apabila air kita dicatu, apabila empangan-empangan kita mulai surut airnya, tatkala awan-awan merajuk tidak mahu menurunkan hujan, kepada siapa kita bergantung harap? Kepada siapa kita berdoa? Dan kepada siapa kita meminta??
Sekarang kita tahu tinggi rendahnya langit. Sekarang baru kita sedar betapa lemahnya dan kerdilnya kita. Dan sekarang baru kita terpukul, betapa hebat dan berkuasanya Allah!
Moga Allah turunkan hujan keampunan, untuk menghidupkan semula tanah jiwa-jiwa kita yang sudah terlalu lama gersang. [Kredit]
Oh sebelum saya terlupa. Rasa-rasa andalah, mengapa kedua-dua ayat ini kita jumpa sekaligus di dalam surah al-Mulk? Macam tahu-tahu sahaja mahu beri kita penampar Makcik Hidayah yang percuma. Adeh.
Bagi menambah perisa pada lauk yang sudah cukup pedas, dan garam pada luka yang sudah berdarah, hayati pula ayat ini:

"...Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang labih baik amalnya..."
[al-Mulk, 67:2]
Ya, dalam surah yang sama; surah al-Mulk. Waduh, terasa seperti ditampar kuat seratus lapan puluh darjah bukan...?
Ketahuilah, tiada kebetulan di dalam hidup ini. Apatah lagi kebetulan di dalam al-Quran, kalam Tuhan yang agung itu.
Mungkin rahsianya terletak pada makna al-Mulk itu sendiri; kerajaan. Ya, kerajaan Allah yang Maha Agung dan Hebat itu.
Untuk memberitahu kita bahawa selama-lamanya kita hanyalah seorang rakyat yang marhaen lagi hina, di dalam kerajaan Allah yang Maha Luas, Hebat dan tiada tandingan itu.
Sedangkan mahu mencari sebuah kapal terbang pon kita tercungap-cungap... Sedangkan baharu diuji dengan kemarau yang sedikit ini pon kita dah terkulat-kulat...
Lantas siapa kita untuk berlaku bongkak dan sombong...?

Monday, February 24, 2014
Aurat Ketika Bersalin. 1.0
[AURAT KETIKA BERSALIN 1.0]
(Di bilik daftar masuk wad bersalin (admission room), jam 11 malam.)
PESAKIT ABC : Saya mahu doktor perempuan saja periksa.
SAYA: Ok, tapi dia sedang attend kes di wad gynae. Ambil masa sikit.
PESAKIT ABC: Tak apa. Saya lagi sanggup tunggu. Saya tak sakit pun lagi.
(Selepas 15 minit…)
PESAKIT ABC: Doktor, saya dah tunggu lama dah. Bila giliran saya. Orang lain semua dah siap dah.
SUAMI PESAKIT ABC: Kalau terberanak di sini siapa nak jawab? Anak saya ni doktor, tahu…
SAYA: Ada rasa sakit ke?
PESAKIT ABC: Tak. Tapi tak kanlah nak tunggu sakit.
SAYA: Ya lah, tadi kata nak tunggu, doktor perempuan tu belum selesai lagi. Puan elective admission saja. Bukan nak bersalin lagi.
SUAMI PESAKIT ABC: Kalau jadi apa-apa, siapa nak jawab? Macam ni ke perangai doktor sekarang. Saya dah lama tunggu tau! Pergi lah panggil dia. Takkan doktor perempuan lain tak ada?
(Saya melaporkan kepada senior medical officer, dan dia minta saya tukar tempat dengan doktor perempuan itu (senang cerita). Alhamdulillah, kata saya, saya pun tak kuasa nak layan orang macam ni (dalam hati). )
Doktor perempuan itu sedang menangani kes PESAKIT XYZ, kes miscarriage/keguguran, terpaksa meninggalkan kes itu separuh jalan. Dalam masa tidak sampai seminit sewaktu transisi pertukaran tempat, sewaktu saya sedang naik ke tingkat 5 (wad gynae) dan doktor perempuan itu hendak ke bilik admission, PESAKIT XYZ tiba-tiba mengalami cervical shock (vasovagal) dan bleeding yang menyebabkan SHOCK (keadaan di mana tekanan darah menjadi sangat rendah dan boleh menyebabkan kematian dalam masa singkat). Saya berhempas pulas, cuba mengeluarkan POC (product of conception) dan laksanakan fluid resuscitation. Mujur ia reversible dan stabil selepas hampir sejam . Senior Medical Officer yang sedang buat pembedahan terpaksa bergegas untuk bantu. Oh ya, dan PESAKIT ABC selamat diperiksa oleh doktor perempuan, kerana sangkanya ‘aurat terjaga’. Doktor perempuan itu lebih berpengalaman dan lebih berhak attend kes PESAKIT XYZ berbanding saya.
Mari kita buat autopsy, bedah situasi yang sebenar ini: PESAKIT ABC vs PESAKIT XYZ.
PESAKIT XYZ (sedang keguguran) auratnya telah dilihat oleh doktor lelaki (saya) dalam proses rawatan hanya untuk membolehkan PESAKIT ABC terjaga auratnya (err, nanti kita define aurat). Pada asalnya, dia dirawat oleh doktor wanita, tapi kerana sikap pesakit ABC, maka keadaan berubah dan doktor bertukar.
Saya bukannya arif dalam bab ini, dan kuasa tuhan menentukan dosa pahala. Terkesan dengan kata-kata Dr Harlina, setiap PESAKIT adalah GURU, dan ia amat benar sekali. Jadi anda rasa, apakah ada ganjaran yang untuk setiap point ini:
1) PESAKIT XYZ dilihat auratnya oleh lelaki (terpaksa), untuk membolehkan PESAKIT ABC dilihat oleh doktor perempuan. Saya yakin amat besar pengorbanan dan pahala pesakit XYZ demi maruah pesakit ABC!
2) Doktor lelaki itu beroleh ilmu/pengetahuan yang sangat KRITIKAL, yang kemudiannya digunakan untuk menyelamatkan 5-6 orang pesakit lain lagi dalam tempoh 4 bulan saja. Alangkah, tanam benih dan pokok itu ditumpang oleh semut pun dapat pahala jariah. Kalau begini, terpaksa aurat dilihat, dan akhirnya dapat menyelamatkan NYAWA manusia lain,huhu, Allah saja membalasnya. Bahkan dia guru terbaik saya. Pensyarah saya, dibayar untuk mengajar teori. Tapi PESAKIT XYZ, apakah pengorbanannya? Pensyarah saya ajar, saya 'blurr' (merawat pesakit bukan buat kek, boleh belajar dalam video). PESAKIT XYZ ajar, saya sangat yakin dapat berdepan kes-kes macam tu seorang diri.
3) Aurat PESAKIT XYZ dilihat oleh doktor lelaki. Berdosa kah? Apatah lagi dalam kes darurat yang hampir menyebabkan dia mati. Apatah lagi dengan itu ia dapat memberi pengajaran berguna sampai mati kepada doktor itu. Di jabatan kecemasan, doktor itu berjaya selamatkan seorang perempuan kes hampir serupa berkat ‘pengajaran’ yang diterima dari PESAKIT XYZ. Dapat pahala seorang doktor tanpa perlu jadi doktor, mustahil kah?
PESAKIT ABC dan SUAMINYA pula rasa gembira, berasa telah melakukan pengorbanan dan jihad menegakkan syariat. Mari kita lihat.
1) Dia diperiksa Doktor Perempuan. Err, satu perkara yang kita lupa (Ustaz-ustaz tolong betulkan)
- Aurat wanita dengan wanita muslim lain : pusat hingga lutut.
- Aurat wanita dengan wanita non-muslim lain: Sama seperti wanita dengan lelaki, tetapi ada pendapat yang mengatakan pusat hingga lutut juga.
- Kesimpulan: Apa-apapun pendapat dipegang, kemaluan tetap AURAT (kecuali kalau kemaluan itu letaknya atas pusat atau bawah lutut) walaupun sesama wanita!
Jadi, adakah auratnya terjaga? Tentu lah tidak. Dapat pahala? Hmm, auratnya dilihat juga. Perlu perbincangan terperinci ni… wallahualam.
Tetapi PESAKIT ABC jadi guru juga kepada doktor perempuan itu. At least dapat pahala lah kan? Hmm..Mari kita rephrase. Susah nak cakap, dapat pahala atau tak point (1) di atas. Bagaimana dengan ini.
2) PESAKIT ABC diperiksa oleh doktor perempuan dan menyangka auratnya terjaga, dan (at the expense of) menyebabkan wanita lain pula terpaksa dilihat oleh doktor lelaki.
3) PESAKIT ABC diperiksa oleh doktor perempuan dan menyangka auratnya terjaga, dan (at the expense of) menyebabkan wanita lain pula terpaksa dilihat oleh doktor lelaki. Lebih malang lagi, wanita lain itu juga hampir kehilangan nyawanya hanya memenuhi kehendak PESAKIT ABC ini.
• Dalam kes ini, pemeriksaan yang mungkin dibuat oleh doktor lelaki terhadap pesakit ABC tidak sampai 5 saat…tetapi dalam kes pesakit XYZ, pemeriksaan dan rawatan berlangsung hampir 20 minit, dengan pelbagai instrument yang digunakan. Alangkah baiknya jika pemeriksaan sebegitu dilaksanakan oleh doktor wanita. Mujur juga Senior Medical Officer yang sedang lakukan pembedahan, pembedahan itu lancar. Kalau complicated, tinggal saya terkial-kial tangani kes itu...wallahualam.
Pendek cerita, ya, Tahniah PESAKIT ABC dan SUAMI dapat pertahankan ‘maruah’, dan menyebabkan wanita lain pula tidak dapat, dan hampir terbunuh. Ini kalau tak dipanggil selfish, kita panggil jual ikan lah. Dan kes sebegini bukan terpencil dan bahkan banyak berlaku.
Generasi pesakit seperti PESAKIT ABC dan SUAMINYA inilah yang sedang dibentuk oleh para ‘agamawan’ dengan pendekatannya yang tidak menyeluruh dan tiada kefahaman. Kenapa? Perhatikan pandangan doktor dan agamawan dalam isu ini.
1) Kata USTAZ dan DOKTOR:-- Pihak kerajaan, hospital, dan doktor, dan semua masyarakat perlu ambil langkah yang proaktif untuk menambah jumlah doktor wanita dalam bidang O&G supaya kita ada sistem kesihatan yang lengkap dan mampu berfungsi dengan meletakkan doktor wanita sahaja di bilik bersalin, dan bidang-bidang yang seumpamanya. Tambahkan doktor wanita, galakkan mereka.
2) Kata USTAZ dan DOKTOR lagi:-- Para wanita dan suami perlu tahu mereka mereka berhak atas autonomi dan privasi mereka. Mohon dengan baik dengan pihak hospital, dan hospital akan sedaya upaya penuhi. Mereka juga perlu berusah sehabis mungkin berusaha mengelakkannya, misalnya kumpul duit ke klinik swasta, dan sebagainya.
3) Kata DOKTOR sahaja: -- Dalam keadaan sistem kesihatan kita yang terdesak, terhad, serba kekurangan serta kadar kelahiran yang sangat tinggi, tidak seperti yang dinikmati negara maju seperti UK (dan Scotland)…dan selagi point 1 tidak tercapai, dan point 2 tidak dapat dipenuhi atas faktor-faktor yang mendesak, para wanita dan suami perlulah bersikap toleransi, memahami, dan mengutamakan yang utama. Permudahkan doktor laksanakan tugas. Point 1 dan 2 perlu banyak cabaran untuk terlaksana 100% dan bersikap rasional lah.
Point 3 ni lah yang banyak ustaz tertinggal dan ditinggalkan. Bahkan kata para USTAZ:
‘biar mati syahid, tak apa, asal dapat!’
‘kena berkorban apa saja, yang penting dapat doktor perempuan’
‘biar apa pun terjadi, itu hak kita!’ dan sebagainya yang senada.
Hairan kah, masyarakat yang mendengarnya menjadi PESAKIT ABC itu?
Majoriti doktor setuju dengan majoriti pandangan ustaz. Tapi point ketiga itu SAMA crucial dengan point 1 dan 2...bahkan komplikasinya boleh jadi fatal. Kerana itu saya beranggapan, ustaz ni bukan setakat cakap 'HALAL-HARAM!'. Kalau itu, maka tak hairan Kassim Ahmad melihat mereka sebagai manifestasi 'kepaderian'. Ahli agama dalam Islam bukan kepaderian, tetapi mendidik masyarakat juga, (itu lah tujuannya 'point 3' itu). Point 1 dan 2 hanya mengarah masyarakat itu ini, point 3 mendidk sikap yang betul.
Ah.
Kata mereka lagi, ‘doktor lelaki bereksperimen’.
Kata doktor. ‘pesakit adalah guru kami’.
Either way, saya tak terkejut kalau mereka dapat pahala yang sangat BESAR, pahala menyelamatkan pesakit, pahala doktor, (dan bukannya pahala/dosa mangsa eksperimen) sekalipun mereka tak buat apa-apa, berkat ‘pengajaran’ dan ‘bantuan’ yang diberi kepada para doktor. Dapat doktor perempuan untuk diri sendiri, habis di situ. Tapi ibu-ibu yang mungkin tak bernasib baik, telah berbakti kepada ribuan yang lain. (Tapi ada yang tak bernasib baik tu, mulanya, memohon ampun dan redha… tapi setelah mendengar kata-kata sesetengah ‘pihak’, terus jadi sedih, menangis, dan marah-marah pada doktor yang menyelamatkan mereka. Terus tak redha. Hilang habis keberkatannya). Apa-apapun, itu aturan tuhan, wallahualam, jika pandangan ini ada silapnya.
* Kata seorang ustazah, kelahiran perlulah berkat, supaya anak yang lahir itu soleh-solehah. Antaranya memastikan, tak kira apa, agar 'aurat' (err, definisi aurat?) terjaga. Agaknya kelahiran bayi PESAKIT ABC itu berkat ke?
* Ustaz/agamawan ni, maaflah, bukan merujuk semua. Tapi segelintir kecil. Saya pernah tulis respon balas kepada seorang ustazah/kolumnis Solusi dan saya hormat dia kerana terima dengan terbuka, itu cth ahli agama yang saya respect... Saya mohon maaf untuk semua ustaz dan ustazah yang sebenarnya banyak membantu doktor. Golongan kecil saja ni, maaf ya.
*Harapnya ni tulisan terakhir tentang ini, banyak
benda lain nak tulis tapi tergendala. ahah.(Di bilik daftar masuk wad bersalin (admission room), jam 11 malam.)

BR1M bukan penyelesaian masaalah kehidupan yang meningkat.
Pada 22 Februari lepas kerajaan Malaysia telah melancarkan skim Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2014. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM4.5 billion untuk skim bantuan ini yang akan diberikan kepada 7 juta rakyat Malaysia.
Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa pada masa akan datang jumlah bantuan ini akan dipertingkatkan lagi jika keadaan kewangan kerajaan bertambah kukuh.
Persoalannya ialah, adakah tindakan ini akan dapat membantu rakyat menangani masalah kenaikan kos kehidupan serta membuktikan bahawa kerajaan yang memerintah sekarang adalah sangat bertanggungjawab serta prihatin terhadap aspek kebajikan masyarakat?
Dari perspektif ajaran Islam, adalah tidak dinafikan bahawa membantu orang yang susah adalah satu perkara yang diajar oleh agama. Al-Quran menekankan perkara tersebut melalui beberapa ayat termasuk yang berikut:
"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga yang terdekat dan yang jauh, teman sejawat, Ibnu Sabil dan hamba" (An Nisa' , 4: 36)
“Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. ” (Ar-Rum, 30: 38)
“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman serta pertolongan (kepada orang-orang yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu sama lain … dan jika mereka meminta pertolongan dari kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, …” (Al Anfal, 8:72)
Terdapat juga banyak hadith yang mengajak kita bersedekah kepada golongan yang miskin. Di bawah adalah beberapa sabda Rasulullah SAW berkenaan amalan sedekah kepada golongan miskin:
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (Su’ul Khatimah).”

“Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Tingkahlaku yang paling disukai ialah yang menggembiarakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya atau melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya dari kelaparan.”
“Sedekah itu wajib atas setiap orang Islam. Seorang sahabat bertanya, `Jika ia tiada apa yang hendak diberi?’ Jawab Baginda, `Hendaklah ia bekerja dan bila dapat duit, sedekahkanlah sebahagiannya.’ Sahabat itu bertanya lagi, `Jika ia tidak boleh bekerja?’ Jawab Baginda, `Tolonglah orang miskin yang dalam kesusahan.’ ‘Kalau ini juga tidak dapat ia lakukan?’ tanya sahabat itu lagi. Baginda menjawab, ‘Beri nasihat untuk berbuat baik.’ Sahabat itu bertanya, ‘Jika itupun tidak dapat dilakukan?’ Jawab Baginda, ‘Janganlah ia melukakan hati orang lain – itulah sedekahnya.’ ”
"Perumpamaan orang-orang Mu'min dalam saling kasih mengasihani dan sayang menyanyangi, umpama sebujur tubuh yang apabila salah satu anggotanya sakit, seluruh anggota tubuh yang lain turut sama merasai kesakitan tersebut"
Namun, apa yang perlu kita sedar ialah bahawa semua saranan dan galakan dari ayat Al Quraan dan hadith di atas adalah ditujukan terutamanya kepada ahli masyarakat. Dalam erti kata yang lain, apa yang dikehendaki oleh agama ialah ahli masyarakat sendiri mempunyai sikap saling bantu membantu dan berkorban dengan memberi sumbangan dari pendapatan milik mereka sendiri kepada golongan miskin secara sukarela.
Perkara ini dihuraikan secara terperinci oleh pakar-pakar ekonomi Islam berdasarkan kajian mereka berkenaan aspek pengurusan kewangan sektor awam semasa pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat. Menurut mereka, di bawah pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, tugas memberi bantuan kepada golongan miskin bukannya dipikul oleh pemerintah semata-mata. Peranan utama pemerintah adalah memberi galakan kepada rakyat supaya saling bantu membantu antara satu sama lain secara sukarela.

Skim di mana rakyat dipaksa mengeluarkan wang untuk disalurkan kepada golongan miskin hanyalah dalam bentuk zakat. Ini adalah tujuan utama zakat iaitu untuk membantu golongan miskin dan fakir serta golongan terdesak lain yang termasuk dalam senarai asnaf yang layak menerima zakat. Walaupun selepas itu kerajaan Islam memperolehi sumber pendapatan lain seperti Al Kharaj, Al Ushr, Fai dan al Khums, namun, sumber pendapatan tersebut tidak menggantikan skim zakat sebagai mekanisme utama untuk membantu golongan miskin.
Namun, ini tidak bermakna kerajaan langsung tidak boleh memberi sumbangan kepada rakyat miskin. Dalam keadaan di mana kerajaan mempunyai sumber pendapatan yang tinggi dari sumber asli seperti minyak dan hasil mahsul yang lain, maka amatlah wajar sekali kerajaan menyalurkan wang itu kepada golongan miskin kerana dana tersebut pada hakikatnya sememangnya hak rakyat.
Tetapi, adakah itu keadaannya di negara kita sekarang? Adakah kerajaan mempunyai lebihan (surplus) apabila perbelanjaan kerajaan ditolak dari pendapatannya dari sumber asli dan lain-lain? Malangnya tidak. Sikap kerajaan suka berbelanja lebih dari pendapatan serta berlakunya ketirisan, pembaziran dan pengurusan kewangan yang tidak berhemah telah menghasilkan keadaan di mana sudah 15 tahun berturut-turut kerajaan telah mengumumkan belanjawan defisit. Akibatnya jumlah hutang terkumpulnya sekarang berjumlah lebih dari RM550 billion di mana sebahagian besarnya adalah dari sumber yang berbentuk Riba.

Ini bermakna, kerajaan membayar bunga (interest) atas pinjamannya berjumlah hampir 17 billion ringgit setiap tahun. Malahan, disebabkan keadaan hutang kerajaan yang sentiasa meningkat inilah maka pada tahun lepas, Fitch Rating, iaitu sebuah organisasi penarafan bon antarabangsa telah menurunkan taraf bon kerajaan Malaysia, yang mengakibatkan kos pinjaman kerajaan juga meningkat. Susulan dari itu, kerajaan telah terpaksa membuat keputusan untuk melaksanakan sistem percukaian GST pada tahun 2015 untuk menambahkan pendapatan percukaian kerajaan yang dikutip dari rakyat.
Pendek kata, sebenarnya tabung kewangan kerajaan sudah lama dalam keadaan negatif dan oleh itu, duit yang disumbangkan melalui skim BR1M itu sebenarnya bukannya dari sumbangan peribadi pemimpin-pemimpin yang pemurah dan baik hati tetapi diperolehi dari penambahan kepada hutang kerajaan semata-mata. Perlu juga diambil perhatian bahawa semua hutang-hutang yang telah berjumlah lebih dari RM550 billion itu, termasuk bunga yang dikenakan, akan pada akhirnya ditanggung oleh rakyat. Dalam erti kata yang lain, lambat laun kerajaan akan terpaksa meminta rakyat menyumbang dengan lebih gigih kepada usaha membayar balik beban hutangnya yang besar itu dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah kutipan termasuk cukai pendapatan, cukai syarikat, cukai import dan cukai GST.
Di samping itu, kita juga perlu sedar bahawa sebenarnya punca utama kepada keadaan di mana ramai rakyat hidup dalam keadaan yang sengsara akibat daripada kos kehidupan yang sentiasa meningkat adalah kerana sistem kewangan Riba yang diamalkan di negara kita dan di serata dunia. Sistem ini yang berasaskan industri perbankan telah menciptakan wang dengan banyak melalui proses penciptaan kredit (hutang). Akibatnya, bukan sahaja tahap harga dalam sistem ekonomi sentiasa meningkat bahkan juga menambahkan beban hutang kepada rakyat.

Di Malaysia sebagai contoh, beban hutang isi rumah telah pun melebihi RM750 billion pada tahun 2012. Oleh itu, selagi sistem kewangan berasaskan Riba dibenarkan berkembang, maka masalah kesengsaraan ekonomi akibat kenaikan kos kehidupan dan beban hutang tidak akan selesai. Buktinya ialah keadaan yang sama sedang berlaku di negara lain yang beramal dengan sistem Riba termasuk di Jepun, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat walaupun kerajaan mereka secara umumnya adalah tidak korup.
Sebagai rumusan, walaupun skim BR1M mungkin berjaya mewujudkan persepsi dari kalangan yang terdesak bahawa kerajaan adalah dipimpin oleh ahli politik yang pemurah dan baik hati, namun hakikat sebenarnya ialah ianya tidak akan berupaya menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dalam jangka panjang. Bahkan dalam jangka panjang, persepsi tersebut besar kemungkinan akan diganti dengan perasaan marah apabila rakyat sedar bahawa beban hutang yang ditanggung oleh mereka semakin meningkat dan keadaan kehidupan mereka yang melarat masih tidak berubah dan kos kehidupan sentiasa meningkat.
Besar kemungkinan juga rakyat yang semakin kecewa akan memilih kerajaan baru untuk memerintah mereka. Malangnya pada masa itu nanti, jika beban hutang kerajaan terlampau tinggi dan sistem ekonomi dan kewangan negara masih tidak berubah, besar kemungkinan juga kerajaan baru yang bakal dilantik tidak akan berjaya menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi dalam masa yang singkat dan lambat laun akan digulingkan juga.
Tulisan:
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Unit Penyelidikan IKRAM
Sunday, February 23, 2014
Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
KENYATAAN MEDIA
ISU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius mengenai isu bebanan tugas yang dibangkitkan oleh guru-guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di samping pandangan akan kesannya kepada murid. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid. Dalam hal pelaksanaannya, KPM sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru-guru dan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan arahan YAB Menteri Pendidikan supaya KPM membuat kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, pihak KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru. Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data berkaitan eviden dan pencapaian murid yang termasuk juga pengisian borang-borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru-guru.
Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM juga telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut;
Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014 dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.
Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa; dan
Usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan berkesan.
Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya.
KPM akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan selanjutnya terhadap pelaksanaan PBS setelah YAB Menteri Pendidikan berpuashati dengan penambahbaikan yang dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM, rungutan para guru dan pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).
Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat.
Terima kasih.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
23 Feb. 2014.
P/S: Pihak TintaSuri akan terus "monitor' hasil ,kesan dan janji dari pihak berwajib berdasarkan dari kenyataan media ini.Semua itu disebabkan, PBS ini jelas melibatkan ramai wanita yang bergelar guru @ pendidik yang sedang berkhidmat dengan KPM. Moga Allah bantu kita permudahkan segala urusan.

Saturday, February 22, 2014
Ukhuwwah di pupuk di Silang Budaya.
"Ramai kanak-kanak yang datang. Ada orang Cina dan India.." kata Maryam Aufa Mustaza ketika di temui sehari selepas program Silang Budaya yang telah di adakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2014 si TM Bangsar minggu lepas.
"seronok sangat kerana dapat masuk pertandingan melukis dan berkenalan dengan ramai kanak-kanak yang lain..."ujar Maryam lagi.
Majlis yang di anjurkan oleh Hidayah Center, dengan kerjasama JAKIM,Restoran Mohd Chan Abdullah,Malaysian Reverted Muslim(MRM), Darul Fitrah, Interactive Dakwah Training(IDT) dan IKRAM ini mendapat sambutan yang amat memuaskan.Seramai 26 orang kanak-kanak pebagai bangsa dan budaya dari tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India , masing-masing berusia antara 5 hingga 12 tahun menghadiri majlis yang meriah ini.
Lihat betapa comelnya tiga orang kanak-kanak ini. Hafiz berbaju merah di sebelah kiri begitu bersahaja bersama si kembar berbaju warna ungu Kok Tian dan Kok Mung.Ketiga-tiga mereka berusia 6 tahun dankelihatan begitu teruja untuk menyertai semua acara yang di sediakann oleh sukarelawan dari Ikram Wilayah Persekutuan.
Lihatlah betapa khusyuknya kanak-kanak ini meniup belon sambil di perhatikan oleh seorang kakak fasi yang menjadi pengendali bagi kumpulan tersebut.
Gambar ini jelas menunjukkan betapa semua kanak-kanak yang terbabit begitu mudah bergaul mesra sesama mereka tanpa memikirkan siapakah yang berada di sebelah atau dihadapan mereka.
Suasana tenang ini menggambarkan bagaimana kehadiran keluarga dari pelbagai bangsa beserta anak-anak begitu gembira meraikan perayaan Tahun Baru Cina.Masing-masing tertarik dengan tarian naga yang di persembahkan di majlis itu.
"Program silang budaya ini adalah bertujuan untuk menggalakkan generasi muda supaya membiasakan diri mereka bergaul dengan mereka yang datang dari pelbagai bangsa dan latar belakang..." tutur Dr Niekmah Adam, Ketua Wanita Ikram Wilayah Persekutuan yang kelihatan begitu yakin menggunakan pen dan dakwat hitam untuk menulis kaligrafi Cina.
"Al Hamdulillah kami dapat bersama-sama "joint-venture" dengan NGO lain mengendalikan majlis ini. Ini adalah program tahunan. InsyaAllah, pada Tahun Baru Cina tahun depan, kita akan adakan lagi majlis yang sebegini" itulah penutup dari pengendali Ikram Junior Ikram Wilayah Persekutuan, Puan Siti Alawiyah Sahri.
Monday, February 17, 2014
Syurbah mahabbah.
Anda pernah makan syurbah? Kl pernah pasti anda akan terkenang2 akan keenakannya. Atas permintaan saya kongsikan sekali lagi resepi syurbah yang saya namakan sebagai "syurbah mahabbah"
Bahan2nya: Untuk satu hidangan 5-6 orang)
1. Satu Paket kambing ( lamb shoulder)
2. Sebiji bawang besar - dipotong 4/8
3. 1/4 ikat daun ketumbar- dipotong 1/2 -1cm
4. 1 tin kecil tomatoo puree
5.Sebiji tomato-dipotong 4
6. Sebiji kentang-dicinang halus
7. Sebiji lobak merah-dipotong kiub sederhana besar.
8. 1 sudu teh serbuk lada hitam
9. serbuk cili (4-5 sudu makan)
10. 4-5 biji cili padi (jika suka pedas)-tidak dibuang tangkai n tidak dipotong.
11. Minyak masa 3 sudu makan
12. Garam secukup rasa
13. Air masak panas (5-6 gelas)
14. Biji Bulgur (Bulgur wheatmeal)-1/4 cawan dibasuh dan ditoskan
15. Kacang kuda (dalam tin)-dibuang airnya
Cara memasak.
Kambing dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang disukai (kecil, sederhana, besar)
masukkan semua bahan 2-11 dalam periuk yang bertutup tanpa digaul. Jerang di atas api yang sederhana.
Setelah mendidih n keluar aroma, kacau dan sebatikan.
Biarkan seketika.
Masukkan bahan 13-15 dan tutup semula periuk dengan api yang sederhana.
Setelah itu biarkan mendidih selama 1- 1/2 jam. Lagi lama lagi baik untuk empukkan kambing.
enak dimakan dengan roti Perancis.
Boleh juga dimakan dengan roti biasa.
elakkan penggunaan ajinomoto.
Resipi ini disediakan oleh Ustazah Zaimah, salah seorang aktivis Ikram Wilayah Persekutuan.
....akhirnya mereka bersyahadah.....
Apa yang telah terjadi pada Puan T dan anaknya, hanyalah salah satu dari bukti kekuasaan Allah'
Jika Allah mengkehendakinya, maka setiap perkara itu dengan begitu mudah akan terus berlaku. Sesungguhnya tersangat ajaib kekuasaan Allah itu.....lihat saja firman Allah di bawah....
"Tidak ada paksaan dalam agama( Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan (kufur)....." Al Baqarah 256.
"...Ia (Allah) yang mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)......." Al Baqarah 257.
Setelah "berkenalan' dengan Islam, akhirnya Puan T dan anak beliau Cik U mengambil keputusan untuk kembali kepada ugama fitrah.Niat yang sungguh murni ini pastinya amat menggembirakan Puan Rafidah, seorang revert sejak 4 tahun lalu, amat memahami situasi Puan T dan banyak memberi motivasi pada beliau supaya teguh dengan niat untuk kembali kepada ugama Allah.
Di satu kesempatan, Puan Rafidah telah menziarahi Puan T , ibu tunggal tersebut yang tinggal di sebuah flat di ibu negara.
Puan Ruzaimah Ibrahim, seorang aktivis Ikram Batu telah mengambil kesempatan untuk bersama Puan Rafidah , dalam usaha menziarahi dan menyantuni Puan T dan anaknya.
Tidak pasti, apakah yang bermain di benak dan fikiran dua revert ini. Namun yang jelas, kekuatan iman telah membawa mereka untuk melafazkan syahadah , iaitu satu persaksian bahawa hanya Allah satu-satunya tuhan yang berhak untuk di sembah dan Nabi Muhammad itu sebagai penyampai dan pelaksana kandungan ajaran ugama Allah swt.
Moga Allah pelihara keimanan Puan Rafidah, Puan T dan anak beliau agar sentiasa di tahap yang terbaik.Juga, moga Allah permudahkan segala urusan yang bersangkutan dengan proses membantu mereka yang telah di beri cahaya dan petunjuk oleh Allah SWT.
Wednesday, February 12, 2014
Ahli IKRAM & Kesihatan Mental
Warga sekitar Bandar Baru Bangi masih
terkesan dengan peristiwa seorang bapa yang mencederakan anak-anaknya sehingga
seorang daripadanya meninggal dunia dua minggu lepas.
Saya tidak ingin mengulas peristiwa di atas.
Saya hanya ingin meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga Ikram
tentang masalah mental dan kesihatan mental di kalangan ahli Ikram dan juga anggota masyarakat.
Masalah mental dan penyakit mental bukanlah perkara baru di dalam dunia
perubatan dan penyakit. Namun ia sering disalah anggap dan dinafikan oleh
penghidapnya atau ahli keluarganya sendiri. Mereka merasa sesuatu yang sangat
mengaibkan atau memalukan sekiranya diketahui mempunyai masalah mental. Apatah
lagi jika mereka keluarga berpengaruh, terpelajar atau dianggap orang baik2 di
dalam masyarakat setempat. Penyakit mental juga dikaitkan dengan gila dan
lain-lain yang merupakan stigma di dalam masyarakat.
Sebagai pengamal kesihatan mental yang sangat sering berhadapan perkara
ini, saya ingin menasihatkan warga Ikram yang dikenali sebagai golongan
terpelajar dan sering berinteraksi dan terkehadapan di dalam membantu
masyarakat untuk memahami dan berupaya mengenalpasti tanda-tanda masalah mental
serta segera mendapatkan bantuan dan rawatan.
Pesakit yang lewat mendapatkan rawatan boleh hilang kawalan diri dan
kewarasan yang menyebabkan mereka berisiko melakukan perkara di luar batas
kemanusiaan.
Siapa yang berisiko mendapat penyakit mental? Sebenarnya sesiapa sahaja
boleh mendapat penyakit mental sebagaimana sesiapa sahaja boleh mendapat
penyakit jantung dan kencing manis.
Walau bagaimanapun faktor risiko penyakit mental ialah;
1. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit mental
2. Tinggal di bandar dan berhadapan dengan tekanan hidup yang tinggi
3. Lelaki yang baru dipecat atau dibuang kerja (jika wanita risikonya
lebih rendah)
4. Kehilangan akibat perceraian atau kematian seseorang yang sangat
rapat atau tempat bergantung harap
5. Menganggur/tak bekerja
6. Keluarga yang tidak berfungsi (dysfunctional family)
7. Ahli keluarga (ibubapa dll) yang sering melepaskan perasaan secara
negatif (high expressive emotion) seperti sering bertengkar, sering menjerit,
sering memaki hamun / menyumpah seranah, sering menyindir anak, kerap
berleter/membebel dll.
8. Mangsa penderaan atau mengalami penderaan misalnya penderaan seksual
(rogol, liwat, keganasan seksual), penderaan fizikal (pukul, simbah asid,
rotan, pengabaian dll), penderaan mental dan emosi (ugutan, dikurung dalam
rumah, tidak dibenarkan keluar dll)
Tanda-tanda penyakit mental;
1. Perubahan personaliti secara mendadak, self esteem yang rendah
2. Mengasingkan diri / mengurung diri / enggan bercakap
3. Kemurungan dan/ atau kegelisahan
4. Tingkahlaku pelik / kata2 yang pelik / cepat marah/ panas
baran/sering menangis/bercakap sendiri / niat bunuh diri
5. Tidak mahu bersekolah/meneruskan pengajian/bekerja
6. Hilang selera makan / berat badan turun mendadak
7. Selera makan bertambah / berat badan naik mendadak
8. Masalah tidur - sukar tidur atau terlalu banyak tidur
9. Menghabiskan sebahagian besar masa dengan komputer/tablet/internet
tanpa produktiviti
10. Paranoid - takut sesuatu, tidak percayakan sesiapapun
11. Halusinasi - mendengar suara2, nampak sesuatu yang tidak dilihat
orang lain
12. Delusi - sangkaan2 yang tidak berasas tetapi mempercayainya bulat2
Sila dapatkan bantuan dengan pergi ke hospital bertemu pakar psikiatri,
psikologis klinikal dll selain bertemu ustaz kerana mungkin masalah rasukan
dsb.
Penyakit ini boleh dipulihkan dengan bantuan Allah swt. Ikhtiar
perubatan moden jangan diremehkan. Mudah-mudahan Allah meredhai segala usaha
kerdil kita.
Wassalam,
Azlina
KENYATAAN AKHBAR WANITA IKRAM WILAYAH PERSEKUTUAN UGUTAN DAN HASUTAN BUKANLAH JALAN PENYELESAIAN
Pada
6 Februari yang lepas, sekumpulan empat NGO Islam yang menggelar
diri mereka sebagai “Majlis Jamaah NGO Islam Malaysia” telah mengadakan
satu protes dengan menyembelih empat ekor ayam dan melumurkan darah
ayam pada kain rentang. Di kain rentang tersebut tertera gambar seorang
wanita yang merupakan pemimpin sebuah parti politik . Ianya diikuti
dengan tawaran di mana individu yang berjaya menampar wanita tersebut
dan merakamkannya sebagai bukti, akan di beri ganjaran wang sebanyak
RM1200.00. Insiden ini adalah reaksi kepada sebuah video Tahun Baru
Cina bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014" yang dilakonkan oleh
pemimpin wanita berkenaan. Peristiwa “tawaran untuk menampar” ini
telah mendapat perhatian yang meluas terutama di laman sosial facebook
dan media elektronik.
Wanita Ikram Wilayah Persekutuan sangat memandang berat tentang isu ini dan ingin menegaskan bahawa:
1. Tawaran ganjaran wang kepada individu yang berjaya menampar individu lain dan merakam perbuatan tersebut amat jelas berbentuk intimidasi jenayah dan hasutan keganasan, yang merupakan kesalahan dibawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan. Setiap kesalahan tersebut akan membawa hukuman penjara dua (2) tahun atau denda atau kedua-duanya.
2. Tindakan yang telah dilakukan oleh empat NGO Islam terbabit jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Perlakuan menyembelih dan melumur darah ayam di kain rentang tidak terdapat di dalam syariat Islam. Tindakan ini memberi imej dan pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam.
3. Ugutan menampar adalah satu bentuk ugutan keganasan terhadap wanita yang tidak boleh diterima oleh mana-mana agama dan budaya. Setiap wanita tanpa mengira kaum dan pegangan agama wajar dilindungi dari sebarang bentuk keganasan.
Rentetan dari peristiwa ini, Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan ingin menyarankan beberapa langkah berikut:
1. Pihak polis segera menyiasat dengan professional dakwaan oleh kedua-dua belah pihak. Isu video tersebut sepatutnya disemak dengan teliti dan dipastikan samada isi kandungannya benar-benar mengandungi unsur penghinaan. Begitu juga isu melumur darah ayam di kain rentang serta tawaran menampar yang bernilai RM1200. Sebarang bentuk intimidasi jenayah perlu dihentikan segera.
2. Empat NGO Islam yang mendakwa mewakili “Majlis Jamaah Islam Malaysia” sepatutnya memikirkan dengan teliti akan kesan dan akibat tindakan tersebut terhadap agama Islam secara umumnya dan umat Islam di Malaysia secara khususnya. Tindakan mereka tidak mewakili NGO-NGO Islam secara keseluruhan.
3. Kedua-dua belah pihak yang terlibat haruslah duduk semeja dan berbincang bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam suasana yang harmoni dan tidak mengikut emosi.
Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan berharap agar kemelut yang timbul dapat diselesaikan sebaiknya pada kadar segera kerana Islam bukanlah agama yang mempromosi permusuhan, bahkan ianya agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Setiap permasalahan boleh diselesaikan secara hikmah dengan tidak berpaksikan emosi yang hanya mempamerkan kurangnya pertimbangan akal.

Monday, February 3, 2014
Hikmah Solat: Menstabilkan Sistem Politik Negara

Bismillahirahmanirahim..
Solat adalah tiang agama. Jika kita ingin membina rumah, pastinya memerlukan tiang sebagai penyokong. Jika tidak, sudah pastinya rumah itu akan roboh. Begitu juga dengan solat yang merupakan tiang agama. Muslim yang tidak solat seolah2 telah meruntuhkan dan memusnahkan agamanya..
Solat juga menghindari kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Seperti dalam firman Allah S.W.T:
" Bacalah Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencengah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengigati Allah (salat) itu lebih besar (keutamaanya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan"( Al-Ankabut: 45)
Apa kaitannya solat dengan politik negara?
Jika dilihat apabila kita solat secara berjemaah, sudah pastinya makmum wajib mengikut segala gerak geri imam. Jika makmum tidak mengikut perbuatan solat yang dilakukan oleh imam, maka terbatallah solat berjemaahnya. Seandainya imam salah dalam pergerakkan solatnya, ataupun tertinggal satu rukun, cthnya tidak duduk tahiyat awal, makmum boleh menegur imam dengan syarat mengikut syarak dan dengan berlemah lembut. Tidak boleh tegur secara kasar. Islam mengajar untuk menegur imam dengan mengucapkan SUBHANALLAH. Indah bukan? Ucapan atau teguran yang sangat lembut. Maka, kondisi imam tika ini, dia wajib akur apa yg ditegur oleh makmum berkenaan jika ikut syarak. Maka solat itu akan sempurna dan tidak kucar kacir. Semua pun pasti gembira.
Apa kaitannya semua ini dengan politik?
Jika dilihat dalam sesebuah negara pula, semestinya ada rakyat dan pemerintah. Rakyat adalah makmum, pemerintah adalah imam. Rakyat wajib mengikut arahan pemerintah jika pemerintah itu tidak melanggar syarak dalam setiap apa yang dia lakukan. Rakyat tidak boleh memberontak sesuka hati. Begitu juga pemerintah.
Jika pemimpin melakukan kesalahan, rakyat ada hak untuk menegur pemerintah. Tapi dgn syarat, teguran berkenaan mestilah secara berhikmah, cara yang baik serta beradab. Seperti teguran dlm solat secara lembut. Maka dlm negara juga, rakyat boleh menegur pemerintah dgn cara yg baik. Di sini, pemerintah wajib ikut apa yang ditegur oleh rakyat seandainya teguran itu benar dan mengikut syarak secara baik. Pemerintah tidak boleh menggunakan ego nya @ kuku besi kepada orang bawahan dengan menganggap mereka seperti hamba dan rendah martabat. Tiada yang membezakan manusia itu melainkan TAKWA nya kepada ALLAH AZ ZAWAJALLA..Seandainya pemerintah dan rakyat saling hormat menghormati, menerima teguran dengan baik, tanpa ada rasa rendah diri, terhina mahupun ingin memenuhi kepentingan sendiri, InsyaAllah tidak akan timbul pertentangan. Negara pasti akan aman damai.
"Dan kami jadikan antara mereka (penduduk Saba') dan negeri2 yang Kami berkahi, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri2 itu (jarak2) perjalanan. Berjalanlah kamu di negeri2 itu pada malam dan siang hari dengan aman." (Saba' : 18)
Aku melangkah ke bank terkemuka di Kuala Lumpur dengan penuh harapan agar ‘margin keuntungan’ bank ini rendah daripada bank sebelum ini yang aku baru ziarahi pagi tadi. Peluh menitik di celah kening ku sapu segera dengan sehelai tisu yang kuambik dari beg tangan. Di tangan kiri pula kugenggam fail berisi dokumen-dokumen penting. Perjanjian jual beli yang sah ditangani oleh aku dan penjual serta salinan kad pengenalan, slip gaji, borang cukai tahunan dan lain-lain tersusun kemas di dalam fail plastic berwarna biru. Berbekalkan pengalaman lalu, aku memang sudah faham kehendak bank dalam setiap permohonan pembiayaan. Tanpa dokumen-dokumen, permohonan tidak dapat diproses dengan kadar segera atau tidak akan dilayan.
Dalam pada itu, aku terlihat kaunter mengambil nombor disebelah hadapan
kiri ku. Aku bersegera menyapa kerani yang mukanya kulihat penuh
make-up. Agak cantik dan bergaya dengan baju seragam bank dikenakan
kelihatan menyarung tubuhnya yang agak kecil. Memang muda, mungkin baru
tamat pengajian sijil atau diploma bisik hati kecilku. “Cik Linda,
(mataku cepat meleret membaca tanda nama yang terpampang di dada bajunya
dan kutahu itu adalah cara yang terbaik mendapatkan perhatian),
bagaimana akak boleh mendapatkan maklumat pembiayaan perumahan bank ini
serta ingin mengetahui ‘peratusan keuntungan’ yang diambil bank?”.
“OOooh..untuk pinjaman perumahan dan mengetahui ‘interest rate’
(peratusan faedah), akak boleh berjumpa dengan Cik Fadilah, pegawai
pemasaran kami. Meja Cik Fadilah adalah selang beberapa meja dari
kaunter”, sambil tangannya menunjuk kepada meja selang 5 meja disebelah
kanan kaunternya.
“Kalau macam tu Cik Linda Cik Fadilah menguruskan pembiayaan perumahan
secara Islam menurut perbankan Islam dan bukan pinjaman perumahan. Sebab
dalam perbankan Islam, tiada pinjaman melainkan pinjaman peribadi
menggunakan konsep ‘Qardul Hassan’atau pinjaman atas belas kasih dan
nama baik.
Manakala untuk perumahan, ianya tiada kaitan lansung dengan pinjaman
jadi tidak tepatlah kalau kita merujuk kepadanya sebab pinjaman juga.”
Terangku pada Cik Linda, kedengaran dengan nada agak tinggi dan serius.
Memang kalau bab tersilap rujuk kepada terma dan perkataan, anginku
cepat benar bertukar menjadi serius dan boleh disalah tafsir sebab
marah.
“Maaf saya orang baru disini. Baru 3 bulan. Puan ni bekerja di Bank
Islam ke”, Tanya Cik Linda seperti serba salah sambil tangannya seperti
menggaru muka dalam kebinggungan.
“Ehh..jangan salah sangka, saya bukan marahkan Cik Linda. Cumanya saya
agak sensitive kalau orang gunakan perkataan dalam konvensional didalam
perbankan Islam. Saya dah tak bekerja di perbankan Islam sejak lebih 10
tahun lalu. Sekarang ni hanya mengajar aje”. Balasku dan memandang
wajahnya dengan senyuman sambil tangan menepuk perlahan bahunya.
“Kalau di perbankan Islam, untuk perumahan, konsep kontrak secara
Shariah yang digunakan ialah ‘Al-Bai-Bithaman Ajil’ kan?” Tanyaku lagi
untuk mengurangkan rasa bersalahnya dan mendapatkan kepercayaan
daripadanya.
“Iya betulah tu, baru minggu lepas saya dengar semasa taklimat pagi di
bank ini.” Balasnya gembira agaknya dapat memahami maksudku bahawa aku
berniat baik dalam membetulkan istilah tersebut.
“Dan sebenarnya banyak lagi konsep kontrak yang digunakan untuk
pembiayaan perumahan seperti Musyarakah Mutanaqisah, Ijarah, Bay Muajjal
dan lain-lain. Tapi di Malaysia ini, Bai’ Bithaman Ajil sangat
terkenal” terangku lagi apabila melihat wajah dan matanya yang bulat
menandakan dia ingin tahu lebih lanjut.
“Dan bukan itu sahaja, kalau di konvensional bank, hubungan antara
pelanggan dan bank hanyalah peminjam dan pemiutang tetapi di perbankan
Islam, hubungan antara pelanggan adalah lebih dari itu. Hubungan boleh
jadi antara pembeli dan penjual dalam kontrak BBA, antara pengongsi
dalam kontrak Musyarakah Mutanaqisah dan lain-lain” terangku sambil
tangan menyelak dan menunjukkan kepadanya borang pembiayaan perumahan
yang ku capai dalam perjalaanan ke kaunter ini.
“Maaflah, akak ni kalau bercakap pasal perbankan Islam boleh ambil masa
berhari-hari. Takut mengambil masa Cik Linda sahaja. Saya pun nak
mencari Cik Fadilah. Maaf sekali lagi kalau mengambil masa Cik Linda
ya.” Balasku sambil menyimpan borang tadi kedalam fail plastikku tadi.
“Ehh...tak apa sebab saya memang mencari peluang untuk belajar.
Maklumlah orang baru jadi banyak yang saya tidak tahu. Patutnya saya
yang mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada akak membetulkan
istilah”. Balasnya dengan cepat dan penuh ikhlas sambil tangan cepat
mengenggam tanganku.
“Terima kasih ya kak” tanganku digengam. Aku menghela nafas lega kerana teguranku diterima baik.
“Alhamdulillah, itu adalah sifat yang baik kerana selalu ingin belajar
dan menyedari diri itu sentiasa tidak tahu dan perlu tahu”. Balasku
sambil menepuk bahunya.
Pengajaran dari cerita:-
- Dalam perbankan Islam, istilah pinjaman tidak sama dengan pembiayaan perumahan.
- Dalam perbankan Islam, istilah pinjaman merujuk kepada aktiviti dimana bank sebagai pemiutang memberikan wang sebagai pinjaman kepada pelanggan atau peminjam.
- Kontrak untuk perumahan adalah tidak mengunakan kontrak pinjaman kerana dalam pinjaman, bank tidak boleh meminta bayaran lebih kerana ini dianggap ‘riba’ dan bersalahan dengan prinsip Syari’ah.
- Dalam perbankan Islam, istilah pembiayaan adalah tepat kerana kontrak yang digunakan adalah termasuk kontrak jual beli, sewa beli, pengkongsian dan pemilikan yang beransur kurang (partnership with declining ownership) dan lain-lain.
- Gunakan istilah yang tepat dalam bermuamalat.
Subscribe to:
Comments (Atom)